|
Bersyukur
kita ke hadrat Illahi dengan izinNya kita bertemu kembali untuk meneruskan
usaha mendidik anak bangsa dan dapat bertugas di tahun baru 2011. Selaku ketua
pentadbir dan pengurus sekolah, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru-guru dan kakitangan kerana telah
berjaya menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan kepada tuan/puan
sepanjang tahun 2010 dengan berkesan dan cemerlang. Sehubungan dengan itu,Visi
bersama satu Daerah Batu Pahat iaitu "SEKOLAH UNGGUL MENJANA GENERASI
TERBILANG" adalah hala tuju yang tepat dan jelas bahawa usaha kita memasti
dan memantapkan potensi pelajar dalam semua bidang iaitu kurikulum,
kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan pengurusan diri perlu penambahbaikan dan
dihadapi dengan lebih serius untuk mencapai kejayaan insan terbilang. Selain
itu, usaha juga perlu selari dengan peningkatan amalan nilai-nilai hidup,
mewujudkan sekolah berwatak, mempertingkatkan pelajar celik ICT dan membimbing
ke arah pelajar yang berkualiti bagi merelisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Akhir kata,selamat menjalankan tugas, semoga segala apa yang kita lakukan
direstui dan diberkati Allah SWT, insyaAllah. Terima kasih. |